BERSIH gagal dapat permit himpun di Stadium Merdeka

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi…

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

NONEKetika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

“Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,’ katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

“Orang terbaik untuk disoal adalah  Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.

“Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,’ kata Amar Singh.

Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan  di Stadium Merdeka, esok

‘BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,’ tulis BERSIH.

azlanBagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.

Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawabnya “ya”.

Tiada silap komunikasi

‘Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times “Is this a permit?” Police: “Yes”, but now, police say “Actually it is a letter denying permission”.

Sementara itu, Zulkarnain pada sidang medianya, petang tadi tadi berkata tidak timbul salah faham berhubung permohonan permit itu.

NONE“Tidak, tiada silap komunikasi pada pihak kami.

“Mereka cuma dihubungi untuk datang ke mari untuk mengambil  sepucuk surat yang menyatakan permohonan mereka tidak diluluskan,’ katanya.

Menurut Zulkarnain, BERSIH 2.0 membuat permohonan permit pagi ini tetapi ahli jawatankuasa pemandunya, Maria Chin Abdullah menafikannya.

Chin memberitahu wartawan beliau ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi menerima surat yang memaklumkan gabungan itu bahawa permohonan permit mereka telah ditolak.

Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataan bahawa polis sebelum itu memberitahu mereka bahawa permit telah diluluskan.

NONENamun menurut Chin, BERSIH 2.0 masih belum mengemukakan permohonan mereka.

‘Bagaimana polis boleh menolaknya sedangkan kami belum menyerahkan permohonan?’

Beliau kemudian menuju ke balai polis Pudu untuk menyerahkan permohonan rasmi bagi mendapatkan permit bagi perhimpunan esok.

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s