Enam rentung rumah terbakar di Sandakan

Enam orang mati rentung selepas sebuah rumah di Kampung Jawa 2 di Batu 12 dekat Sandakan terbakar awal hari ini. Lima mangsa adalah orang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Penguasa Bomba dan…Enam orang mati rentung selepas sebuah rumah di Kampung Jawa 2 di Batu 12 dekat Sandakan terbakar awal hari ini.
    
Lima mangsa adalah orang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak.
    
Penguasa Bomba dan Penyelamat Sandakan Alias Abu berkata setakat ini pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti mangsa.
    
Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti mereka, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran membabitkan rumah tersebut pada pukul 1.15 pagi.
    
Katanya dua jentera bersama 18 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal api pada pukul 2.41 pagi.
    
Menurutnya selepas kebakaran berjaya dikawal, mayat semua mangsa yang rentung ditemui di dalam rangka rumah yang musnah terbakar itu.
    
Beliau berkata keseluruhan struktur rumah itu musnah terbakar dengan tingkat atas rumah dua tingkat itu juga runtuh ke bawah.
    
Alias berkata punca kebakaran itu sedang disiasat dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat dihantar ke lokasi kejadian hari ini bagi menjalankan siasatan.  
    
– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s