Hisham: Himpunan esok dibenarkan jika luar KL

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok. Kelulusan boleh diperoleh segera…

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok.

azlan“Kelulusan boleh diperoleh segera,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata, polis bertindak adil dalam membuat keputusan dan juga menolak permohonan daripada Pemuda Umno dan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di Kuala Lumpur esok tidak diluluskan.

NONE“Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam,” katanya kepada pemberita petang ini.

Beliau berkata, permit itu dipohon pagi tadi oleh seorang wanita yang menggunakan gelaran Pegawai Program Kesedaran Komuniti Selangor.

Mohamad Zulkarnain berkata, dalam permohonan itu, wanita berkenaan mengatakan kira-kira 100,000 orang akan hadir ke perhimpunan itu.

NONEJusteru itu, katanya, jika perhimpunan tersebut diteruskan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

“Bagaimanapun pihak penganjur masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 24 jam dari waktu permohonan ditolak (hari ini) kepada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh secara bertulis,” katanya.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s