Malaysiakini diserang DOS lagi

Seperti dijangkakan, Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran serangan penafian perkhidmatan (DOS) yang bermula sejak jam 5 petang ini.Bagaimanapun, infrastruktur pelayan baru Malaysiakini mampu…

Seperti dijangkakan, Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran serangan penafian perkhidmatan (DOS) yang bermula sejak jam 5 petang ini.

Bagaimanapun, infrastruktur pelayan baru Malaysiakini mampu mempertahankan lamanweb itu dan memastikan ia terus dapat dilayari orang ramai.

Malaysiakini menjangka serangan akan berterusan dan bertambah rumit dan sengit dalam tempoh 24 jam ini.

“Menguruskan serangan DOS sebenarnya adalah pertarungan sumber dan taktik.

‘Selepas serangan DOS semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu, kami melihat masalah itu dari semua sudut. Namun tidak ada cara yang 100 peratus bahawa kami dapat menangkis semua serangan,’ kata ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran.

Namun, menurutnya, Malaysiakini akan terus memantau serangan itu dan mengambil langkah bagi memastikan orang ramai dapat terus mengikuti perkembangan terkini.

Jika perlu, Malaysiakini juga akan menyiarkan beritanya di platform wordpress dan blogspot serta memuat-naik laporan di Facebook Malaysiakini di http://www.facebook.com/malaysiakini

Sekiranya laman Malaysiakini disekat, orang ramai diminta mengikuti kami di Facebook untuk mengetahui alamat-alamat baru yang lain.

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s