PM nafi projek MRT dilancar secara melulu

Datuk Seri Najib Razak hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa projek My Rapid Transit (MRT) telah dilancarkan secara melulu.Sebaliknya, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pertimbangan…Datuk Seri Najib Razak hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa projek My Rapid Transit (MRT) telah dilancarkan secara melulu.

Sebaliknya, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pertimbangan yang amat teliti telah dibuat dengan kajian pertama dimulakan sejak 1998 dan diteruskan antara 2006 dan 2010.

“Projek ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, walaupun dibawa ke pengetahuan umum kebelakangan ini apabila memerlukan maklum balas dan pandangan rakyat,” katanya ketika berucap melancarkan secara rasmi projek MRT di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,  hari ini.

MRT adalah projek prasarana terbesar yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi kerajaan. Ia bakal menyediakan faedah jangka panjang kepada ekonomi negara dan masyarakat secara umum.

Berikutan pelancaran rasmi dan pengumuman jajaran muktamad ini, akan bermulalah kerja-kerja pembersihan tanah bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), iaitu laluan pertama MRT yang dikenal pasti di bawah inisiatif Greater Kuala Lumpur, yang dijangka siap menjelang 2016.

Laluan Sungai Buloh-Kajang akan meliputi jarak 51 kilometer (9.5km daripadanya adalah laluan bawah tanah).

Sejumlah 31 stesen dirancang sepanjang laluan itu, yang akan memberi perkhidmatan kepada sejumlah 1.2 juta penduduk yang pada masa ini tidak diliputi rangkaian berasaskan rel yang mencukupi.

Kerja-kerja awal membabitkan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang bermula dengan pembersihan tanah di tiga tapak — Sungai Buloh, Semantan dan Cochrane, manakala kerja-kerja sivil sebenar hanya akan bermula dari November 2011.

Najib berkata pelancaran projek itu hari ini juga menandakan permulaan satu lagi usaha murni kerajaan dalam agenda ”Rakyat Didahulukan” yang bakal menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan negara dan seterusnya memacu negara ke status negara maju.

Mengenai pemilihan laluan fasa pertama yang membabitkan Laluan Sungai Buloh-Kajang, Najib berkata berdasarkan kajian menyeluruh, laluan itu dikenal pasti tidak diliputi oleh rangkaian rel walaupun mempunyai jumlah penduduk seramai 1.2 juta selain merupakan laluan yang menerima cadangan pembinaan yang paling banyak.

“Rakyat di kawasan ini menuntut pembikinan sistem pengangkutan awam yang efisien dan moden bagi meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti mereka ke kawasan-kawasan yang lain sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) telah memastikan laluan itu diintegrasi dengan laluan KTM Komuter dan LRT yang sedia ada serta rangkaian bas perantara bagi kemudahan perjalanan yang lebih lancar selain cadangan untuk mengadakan sistem tiket bersepadu.

“Insya-Allah apabila selesai pelaksanaan dan integrasi sistem ini, rakyat Malaysia, khususnya penduduk ibu kota akan menikmati perubahan ketara dalam mutu pengangkutan awam yang sudah tentu melahirkan transformasi gaya hidup yang lebih positif, menjimatkan dan mesra alam,” katanya.

Pada majlis sama, Najib turut menyaksikan Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Rakan Pelaksana Projek MRT, MMC-Gamuda menandatangani perjanjian Persepakatan Integriti bagi membuktikan komitmen serta keikhlasan kerajaan dalam pelaksanaan projek MRT.

Perjanjian itu juga bertujuan meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan, sekaligus mengelak daripada gejala rasuah yang boleh menggagalkan hasrat ikhlas dan murni.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s