19 orang termasuk ADUN PKR ditahan di Sarawak

Polis Sarawak hari ini menahan 19 orang, termasuk ADUN Krian, Ali Biju di Miri dan Bintulu hari ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata seorang lelaki ditahan kerana memakai baju-T…Polis Sarawak hari ini menahan 19 orang, termasuk ADUN  Krian, Ali Biju di Miri dan Bintulu hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata seorang lelaki ditahan kerana memakai baju-T kuning yang bertulisan ‘Bersih’ di Miri pada pukul 12 tengah hari.

Di Bintulu, beliau berkata 18 orang termasuk ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali dan Ketua Cawangan Bintulu PKR, Paul Raja ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, di sebuah kedai kopi di kawasan komersil Parkcity pada pukul 2.15 petang.

NONE‘Semua yang ditahan diambil keterangan. Seramai 17 daripada mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala dua lagi terus ditahan polis.

‘Dua lagi ditahan polis kerana memakai baju kemeja-T kuning bertulisan Bersih,’ katanya ketika dihubungi Bernama.

Antara yang dibebaskan ialah Ali (kiri).

Di Kuching, keadaan tenang walaupun kira-kira 30 penyokong dan 12 ADUN DAP yang berbaju kemeja-T kuning berkumpul dan bersarapan di sebuah kedai kopi di Pusat Komersial Stutong di Kuching  sejak pukul 8.30 pagi.

Sejam kemudian, 12 ADUN itu dibahagikan kepada empat kumpulan untuk mengadakan pendaftaran pengundi di pusat komersial BDC, King Centre, Tabuan Jaya dan Stutong.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan di sekitar bandar raya Kuching.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s