Ambiga dan Hadi dibebaskan petang ini

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Bercakap selepas…

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONEBercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

‘Apa yang boleh saya katakan ialah syabas rakyat Malaysia, kita tidak berjaya ditakutkan.

‘Ini bukan sahaja lagi mengenai pembaharuan pilihan raya. Apa yang kami capai hari ini adalah kehendak rakyat yang mahukan proses pilihan raya yang lebih canggih. Ini telah membuka mata rakyat, dan ini telah kita capai,’ kata Ambiga.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

NONESelain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Nurul Iman – dan dua yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua semua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.

Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini.

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s