‘Kempen BERSIH akan diteruskan’

BERSIH 2.0 bangga dengan peserta perarakan di Kuala Lumpur hari ini kerana berjaya menharungi segala kekejaman polis dan keluar dalam jumlah yang begitu besar untuk menzahirkan rasa kasih kepada…

BERSIH 2.0 bangga dengan peserta perarakan di Kuala Lumpur hari ini kerana berjaya menharungi segala kekejaman polis dan keluar dalam jumlah yang begitu besar untuk menzahirkan rasa kasih kepada negara dan prinsip keadilan.

NONEDalam satu kenyataan sejam selepas perarakan itu berakhir, jawatankuasa pemandu BERSIH berkata gabungan itu bangga dengan ‘tahap displin dan toleransi yang dipamerkan oleh segenap rakyat Malaysia yang berani turun padang untuk menegakkan kebenaran”.

Menurut mereka, perhimpunan 9 Julai bukanlah titik akhir perjuangan tetapi hanya satu lagi langkah dalam perjalanan untuk menuntut pilihanraya adil dan telus di Malaysia.

“Kempen BERSIH akan diteruskan untuk menuntut pembaharuan proses pilihanraya dan pembebasan semua yang telah ditahan.
 
“Kempen ini akan berterusan di mahkamah, di koridor kuasa negara dan di sanubari rakyat,” kata mereka.

[Baca berita penuh]

Kenyataan penuh BERSIH 2.0

Bersih 2.0 bangga kerana rakyat Malaysia pelbagai kaum bersatu untuk mengharungi segala kekejaman polis dan keluar dalam jumlah yang begitu besar untuk menzahirkan rasa kasih kepada negara dan prinsip keadilan.
 
ipd kl bersih 090711 maria chin abdullahKami amat terkilan dengan penangkapan ratusan orang tanpa sebarang justifikasi. Kami  turut menyelar penahanan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah yang menganggotai Jawankuasa Pemandu Bersih 2.0.
 
Tindakan jenayah yang berlaku hari ini adalah didalangi oleh polis semata-mata apabila mereka melepaskan gas pemedih mata dan air berkimia dalam jumlah begitu banyak ke atas orang awam yang tidak melakukan sebarang kesalahan.
 
Polis juga menyerang mereka yang berkumpul dengan aman, dengan belantan sehingga ada yang mengalami kecederaan teruk.
 
tear gas fire at tung shin hospital 090711 3Tindakan polis menembak gas pemedih mata dalam perkarangan Hospital Tung Shin bukan sahaja membahaykan kesihatan rakyat yang berlindung di sana tetapi juga menjejaskan pesakit hospital.
 
Serangan ke atas hospital adalah jenayah yang amat tidak wajar yang dilakukan oleh polis terhadap rakyat yang hanya menggunakan hak perlembagaannya untuk berhimpun secara aman.
 
Kami amat berbangga terhadap tahap displin dan toleransi yang dipamerkan oleh segenap rakyat Malaysia yang berani turun padang untuk menegakkan kebenaran hari ini.
 
bersih rally petaling street 090711Perhimpunan ini bukanlah titik akhir perjuangan tetapi hanya satu lagi langkah dalam perjalanan untuk menuntut pilihanraya adil dan telus di Malaysia.
 
Kempen Bersih akan diteruskan untuk menuntut pembaharuan proses pilihanraya dan pembebasan semua yang telah ditahan.
 
Kempen ini akan berterusan di mahkamah, di koridor kuasa negara dan di sanubari rakyat.
 
Sungguhpun usaha kita untuk menyampaikan memorandum kepada Yang diPertuan Agong tidak dapat disempurnakan hari ini, kami akan membuat persiapan yang diperlukan untuk menyerahkan memorandum itu apabila polis kembali bertenang,
 
NONEKami menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus bekerjasama bagii mengujudkan proses pilihanraya adil dan telus. Didorong dengan semangat cekal dan komitmen utuh rakyat sekalian, kami tidak akan leka dalam usaha  untuk bersatu dan  bekerjasama demi membina sebuah Malaysia yang lebih baik.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s