Pemuda PAS: Demo ini aman, ‘happy’, ‘enjoy’

Berbeza dengan sebelumnya, ceramah terakhir PAS menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 di Gombak malam semalam berlangsung penuh tenang tanpa sebarang gangguan dan halangan.Pihak polis juga tidak kelihatan…

Berbeza dengan sebelumnya, ceramah terakhir PAS menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 di Gombak malam semalam berlangsung penuh tenang tanpa sebarang gangguan dan halangan.

NONEPihak polis juga tidak kelihatan dan rata-rata penyokong Pakatan Rakyat yang hadir juga mengelak memakai baju BERSIH dan kuning serta sebarang tanda yang boleh dikaitkan dengan gabungan 62 NGO itu.

Malah, peniaga yang seperti biasa memenuhi ceramah PAS juga tidak menjual baju tersebut, sebaliknya hanya jersi rasmi bolasepak Malaysia yang berwarna kuning.

“Malam ini tiada seorang pun pakai baju BERSIH. Takut kena tangkaplah ini. Saya sendiri kalau pakai baju BERSIH tak akan sampai Karak pun,” kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang menetap di Kuantan.

Dalam ceramah di hadapan 1,000 penyokong di Taman Melewar, Nasrudin menyifatkan perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan “aman,  happy dan enjoy”.

“Kita bukan hendak menghuru-harakan negara. Tiada siapa pun bawa senjata. Senjata kita cuma gigi dan lidah,” selorohnya.

NONEBerdasarkan perkembangan semasa, beliau yakin perhimpunan esok akan mendapat sambutan menggalakkan ekoran lebuh raya Utara-Selatan didakwa mengalami pertambahan 50 peratus kenderaan daripada hari biasa.

Turut berucap dalam majlis itu jurucakap Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Saharin yang juga bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dijadual menyampaikan ucapan terakhir malam ini tidak hadir.

Beliau difahamkan menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan bimbang ditahan sebelum perhimpunan hari ini.

Sementara itu, Badrul pula dalam ucapannya berkata, sehingga malam ini sudah 30,000 aktivis sudah tiba di Kuala Lumpur untuk perhimpunan itu.

“Mereka (polis) buat apa pun untuk menghalang, kini 30,000 aktivis sudah ada di Kuala Lumpur,” dakwanya yang turut mendapat larangan mahkamah memasuk ibu negara.

NONESelain itu, PAS turut menyediakan tempat bermalam di markaz tersebut untuk anggotanya yang datang daripada luar Kuala Lumpur untuk menyertai himpunan BERSIH.

Mereka juga mengadakan solat malam atau qiamullail di bawah tiga khemah di depan markaz itu awal pagi ini.

Sehingga jam 12 malam, Taman Melewar seolah-olah masih berpesta dengan peniaga masih membuka gerai menanti hari esok.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s