Rais: Perhimpunan untuk jatuhkan imej Najib

Perhimpunan aman yang dianjurkan di ibu negara hari ini bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah mencatatkan pelbagai kejayaan menerusi…Perhimpunan aman yang dianjurkan di ibu negara hari ini bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah mencatatkan pelbagai kejayaan menerusi pelaksanaan gagasan 1Malaysia dan transformasi ekonomi.
    
NONEMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata penganjuran perhimpunan haram itu dirancang oleh pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.
    
Katanya pemimpin pembangkang pula suka sekiranya ada peserta perhimpunan itu yang cedera atau lebih daripada itu agar mudah mereka menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga membuat tuduhan kepada kerajaan.
    
Justeru, mereka yang menyertai perhimpunan haram itu diminta berundur dan kewarasan pemikiran tinggi perlu dalam keadaan genting seperti itu, katanya kepada Bernama selepas mengadakan perjumpaan dengan pengarah-pengarah negeri di bawah kementerian itu di sini, hari ini.

NONEBeliau berkata perhimpunan di Kuala Lumpur itu perlu dijadikan batu sempadan untuk orang Melayu berfikir tentang masa depan dan tidak mengikut telunjuk pemimpin yang ingin melonjak naik dengan mempergunakan orang lain.
    
“Saya pelik kenapa orang Melayu khasnya tak rasa kita telah berpecah dalam soal sebegini.
    
“Ke mana letaknya sayang dan keakuran kita, yang laungkan Islam gunakan sebagai tali Allah dan jangan kita berpecah-belah, tapi kita tidak nampak itu berlaku,” katanya.
    
NONEMenurut beliau, rakyat sepatutnya sedar ada pemimpin pembangkang kini bertepuk tangan melihat perpecahan berlaku terutamanya di kalangan orang Melayu.

“Orang PAS dan orang Umno bukankah satu agama dan bangsa, ke mana pemikiran diletakkan? Saya nak seru ini sebagai seorang yang dah lama lihat perpecahan dan perjuangan yang serong… balik ke meja perundingan.
    
NONE“Jangan ikut sangat Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu pergolakan berlaku ataupun Ambiga (pengerusi penganjur perhimpunan haram itu Datuk S Ambiga) yang tak ada kepentingan perjuangan, senang jadi Si Kitol seperti dalam sejarah Melayu,” katanya.

Rais turut membidas kumpulan berkenaan kerana memilih perhimpunan haram di jalanan sedangkan masih ada saluran lain boleh digunakan untuk menyuarakan pandangan dan hasrat mereka seperti Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
    
– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s