Jenazah penyokong BERSIH selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah…

Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.

funeral baharudin crowdSemalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau kemudiannya  dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.

Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin – tempat jenazah Baharudin disembahyangkan – sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.

funeral baharudin bersih protesterTurut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO  antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.

Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.

Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.

Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 – 0 – 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.

Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.

nurul izzah, funeral baharudinSewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.

Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.

Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.

Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.

“(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku…  Dia (Baharudin) adalah seorang hero,” katanya ringkas.

funeral baharudin crowd 2Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

“BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.

“Rakyat ada hak untuk berada di sana,” kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.

Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.

Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.

funeral baharudin vanSehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam

Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi.

VIDEO | 8.07 min



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s