PM gesa ‘majoriti senyap’ bangun nyata pendirian

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menggesa majoriti senyap di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian…Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menggesa “majoriti senyap” di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Perdana menteri menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas berucap kepada 6,000 ahli Umno dan NGO di PWTC pagi ini.

Sambil membayangkan pentadbiran beliau lebih suka rakyat menyuarakan pandangan mereka di internet, Najib menegaskan bahawa bila kerajaan menolak perhimpunan jalanan, ia tidak bermakna ia menjauhi demokrasi.

“Ia tidak bermakna kita tidak komited kepada demokrasi di negara ini, dan kedaulatan undang-undang … sudah ada demokrasi di negara ini,” katanya.

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s