Polis siasat ibupejabat SAPP kerana perkataan ‘Bersih’

Ibupejabat Parti Maju Sabah (SAPP) di Kota Kinabalu menerima kunjungan mengejut pihak polis semalam – semuanya kerana terdapat perkataan tabu Bersih pada papan tandanya.Perkataan tersebut adalah…Ibupejabat Parti Maju Sabah (SAPP) di Kota Kinabalu menerima kunjungan mengejut pihak polis semalam – semuanya kerana terdapat perkataan tabu “Bersih” pada papan tandanya.

Perkataan tersebut adalah sebahagian daripada slogan “Bersih, Berani dan Benar”.

Polis memberitahu kakitangan parti itu yang mereka tidak suka dengan perkataan “Bersih” pada papan tanda tersebut dan ingin tahu mengapa ia digunakan.

Mereka bagaimanapun tidak mempunyai bantahan terhadap dua lagi perkataan.

“Polis juga ingin tahu mengapa latar belakangnya warna kuning dan mengapa kita memilih 9 Julai untuk memulakan saluran radio dan TV online,” kata ketua Pemuda SAPP, Chester Pang dalam satu kenyataan petang semalam.

melanie chia sapp sabah wanita 180509Ketua Wanita SAPP, Melanie Chia (kanan) – yang bergegas ke
ibupejabat parti selepas dimaklumkan bahawa kira-kira 20 anggota polis sedang menyoal ahli pemuda sejurus selepas tengah malam – berkata ia adalah satu gangguan.

Beliau dimaklumkan oleh Pang bahawa seorang pegawai polis telah menyoalnya berhubung rekabentuk dan slogan pada papan tanda yang dipasang di luar ibupejabat sebagai menandakan majlis pelancaran pada jam 1 tengahari semalam.

Kumpulan anggota polis itu beredar kira-kira sejam kemudian apabila Chia dan suaminya tiba.

“Mengapa BN begitu paranoid dengan perkataan Bersih dan warna kuning?” soalnya.

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s