‘Selamat tinggal semua’

Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.Malaysiakini akan…

Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian – seorang anggota kempen “Selamatkan Vui Kong” – sepanjang 12 minggu terakhirnya menghitung kematian. Dan ini adalah warkah terakhirnya.

 


 

Sebelum saya mulakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang sedang menatap surat yang ke-12 ini. Masa berlalu begitu cepat dan ini merupakan surat saya yang terakhir.

Saya harap apabila anda selesai membaca surat ini, walaupun apa yang akan terjadi ke atas diri saya, anda akan terus menyokong kempen ‘Kami Percaya pada Peluang Kedua’.

azlanUntuk surat terakhir ini, saya ingin menulis tentang bagaimana
perasaan saya dalam menunggu saat-saat kematian.

Pertama, saya merasakan bahawa kewujudan hukuman mati ini bukan hanya demi hukuman, tetapi sebaliknya, untuk membolehkan
pesalah memahami, dan berdepan sepenuhnya, dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Ambil diri saya sebagai contohnya, saya sebenarnya bersyukur saya telah ditangkap kerana ia membolehkan saya memahami makna dan
tujuan sebenarnya kehidupan ini, dan telah membolehkan saya mencari kekuatan dalam diri ini. Saya ingat pernah menyebut tentang “diri ini” sebelum saya ditangkap – seorang yang tidak pernah benar-benar hidup sebelum.

Beberapa hari yang lalu, peguam saya, M Ravi, datang melawat saya. Beliau memberitahu saya bahawa beliau akan menghantar rayuan terakhir saya kepada presiden Singapura dalam beberapa hari. Itu adalah peluang terakhir saya.

Pada malam sebelum hukuman mati dilaksanakan, tahanan akan diberi peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga. Mereka tidak mahu lagi memikirkan perkara lain, selain rasa kesakitan dan kesengseraan sebelum menjalani hukuman itu.

Bagi pesalah hukuman mati, pada saat diiring keluar dari sel, mereka sudah hilang kawalan emosi dan dapat dapat lagi mengawal perasaan. Sebanyak mana pun kaunseling yang diberi, tidak akan dapat menenangkan mereka kerana sebaik sahaja melangkah keluar dari sel, mereka tahu mereka tidak akan kembali lagi untuk selama-lamanya.

Tetapi orang yang paling merasakan kesakitan itu adalah keluarga mereka. Saya tidak berani membayangkan bagaimana perasaan mereka ketika menunggu di luar untuk menuntut mayat orang yang amat disayangi.

Jika esok malam terakhir saya

Bagi saya, jika esok adalah malam terakhir saya, maka saya juga tidak ada pilihan. Tetapi saya bersedia untuk menghadapi hakikat itu. Lagipun, saya yang buat silap, dan saya telahpun  bertaubat.

Apakah saya takut? Saya benar-benar tidak tahu. Tetapi saya rasa mungkin tidak, kerana saya mulai biasa dengan perasaan menghadapi kematian – jangan lupa, dalam tempoh empat tahun yang singkat ini, saya sudah banyak kali berdepan dengan kematian.

Sesungguhnya, saya telah beberapa kali “mati” sebelum ini. Pada tahun 2007, bila saya ditangkap, dan selepas mengenali ajaran Buddha, saya “dilahirkan semula”. Pada 2009, apabila saya dijatuhi hukuman mati, dan peguam saya membantu saya merayu terhadap hukuman saya itu.

Saya tidak akan meminta makanan yang mahal-mahal untuk makan malam terakhir saya.  Saya rasa saya akan teruskan rutin tetap saya bangun pada waktu pagi untuk skrip Buddha saya dan bermeditasi, diikuti dengan sarapan pagi vegetarian saya sehingga tiba waktu malam, mengenakan pakaian terbaik yang dibeli saudara perempuan saya, mengucapkan selamat tinggal kepada tahanan lain, dan akhirnya tunduk kepada Tuhan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih saya.

Tetapi saya tidak benar-benar meluahkan perasaan saya kerana sesungguhnya saya tidak tahu bagaimana perasaan saya ketika melangkah ke arah tali gantung nanti. Saya rasa tiada siapa pun yang tahu.

Saya telah melalui tahap di mana saya rasa kehilangan, jahil dan penderitaan tetapi ajaran Buddha yang saya amalkan, telah membolehkan saya membebaskan diri saya.

Saya juga berterima kasih kerana ramai yang bersedia untuk memaafkan saya. Mampu untuk hidup sehingga hari ini adalah merupakan satu anugerah terbesar pada diri saya.

NONESaya rasa keluarga saya telah dapat menerima diri saya di atas apa yang telah saya lakukan, dan apa jua yang akan berlaku selepas ini. Mereka bersyukur kerana saya berubah dan saya terus membaca dan mengamalkan ajaran Buddha.

Pengalaman pahit saya juga telah dapat memperbaiki hubungan di kalangan anggota keluarga saya, terutama adik-beradik saya.

Tetapi saya kadangkalanya masih bimbang saat apabila ibu saya akhirnya mendapat tahu yang saya tiada lagi di dunia ini.

Saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Saya tidak akan dapat berkongsi cerita mengenai diri saya tanpa bantuan anda. Saya akan berdoa untuk anda, dan semoga anda semua dalam keadaan sihat dan bahagia.

Selamat tinggal.

 


YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori, kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.

 



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s