DUN S’gor: Kejutan kuning dari ADUN BN

Seorang ADUN BN menjadi ‘merah padam’ apabila tidak menyedari telah memakai tali leher kuning ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini, ketika penyokong kerajaan bercakap…Seorang ADUN BN menjadi ‘merah padam’ apabila tidak menyedari telah memakai tali leher kuning ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini, ketika penyokong kerajaan bercakap menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONESubahan Kamal (BN-Taman Templer) cuba mencelah ketika ketua whip,
Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) sedang membahaskan rang undang-undang bekalan tambahan.

Dalam ucapan pembukaan, Azmin memuji peserta perhimpunan tersebut, terutama rakyat Selangor, Sabtu lalu, dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menyertai ribuan peserta lain di ‘kota larangan’ Kuala Lumpur – yang merujuk kepada perintah larangan yang dikeluarkan terhadap 91 orang, termasuk Azmin sendiri.

NONEIni menarik perhatian Subahan (kanan), tetapi sebelum sempat beliau
menghabiskan ayat pertama, Azmin segera mencelah, dengan menyamakan warta tali leher ADUN BN itu dengan sokongan kepada BERSIH 2.0, yang menggunakan kuning sebagai warna pilihan.

“Terima kasih, Taman Templer, kerana memakai tali leher kuning,” kata Azmin, menyebabkan Subahan terhenti bercakap.

Subahan yang kelihatan tergamam kedengaran berkata beliau tidak menyedari yang dia memakai tali leher belang kuning-hitam.

Sejurus kemudian, Subahan sekali lagi cuba mencelah, dengan mendakwa warna tali leher itu bukan warna BERSIH tetapi warna “Harimau Malaya”, atau pasukan bola sepak negara yang memakai jersey hitam kuning.

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s