Kadar jenayah di Kelantan turun 11 peratus

Kadar jenayah di Kelantan bagi tempoh Januari hingga semalam menurun 11 peratus atau 402 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi. Tahun lepas…

Kadar jenayah di Kelantan bagi tempoh Januari hingga semalam menurun 11 peratus atau 402 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi.

“Tahun lepas, sebanyak 3,658 keseluruhan kes (untuk tempoh sama) dilaporkan dan tahun ini sehingga semalam ada sebanyak 3,256 kes, menurun 402 kes,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di Kota Bharu hari ini, sempena majlis pertukaran beliau.

Rahim akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan dan Latihan bermula 16 Julai ini.

Abdul Rahim berkata kejadian jenayah kekerasan menurun 14 kes setakat ini kepada 450 kes berbanding 464 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata jenayah harta benda menurun 388 kes daripada 3,194 kes tahun lepas kepada 2,806 kes tahun ini.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s