Kartunis Zunar terima anugerah antarabangsa

Kartunis kontroversi Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar dianugerahkan penghormatan antarabangsa ekoran kritikan sinisnya terhadap perjalanan politik di negara ini.Beliau…Kartunis kontroversi Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar dianugerahkan penghormatan antarabangsa ekoran kritikan sinisnya terhadap perjalanan politik di negara ini.

Beliau menerima anugerah dalam bidang kartun editorial daripada Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada 7 Julai lalu.

Anugerah itu disampaikan dalam majlis tahunan di St Petersburg, Florida oleh Presiden CRNI Joel Pett.

NONESementara itu, Pengarah CRNI Dr Robert Russell dalam ucapannya berkata cara Zunar menangani “penapisan yang tidak sah” menjadi pedoman bahawa semua orang boleh mempertahankan kebebasan bersuara dan mengekalkannya.

“Satu pengajaran yang kita dapat dari pemenang anugerah tahun ini ialah kebebasan bersuara di sebahagian besar tempat di dunia ini terpaksa diperolehi dengan membayar harga yang mahal,” katanya.

Zunar mendapat perhatian CRNI apabila beliau dan Malaysiakini memfailkan saman terhadap Kementerin Dalam Negeri ekoran pengharaman dua bukunya 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun.

Menurut CRNI, ketabahan dan ketahanan Zunar menghadapi tekanan, menggunakan strategi kreatif dan keberanian melawan kekuasan melayakkan beliau menerima anugerah itu.

Antara yang hadir menyaksikan acara itu termasuklah pemenang Anugerah Pulitzer dalam kartun editorial seperti Daryl Cagle, Dick Locher, Clay Bannet, Ben Sergeant, Mark Fiore, Mike Keefe, Ed Stein dan Rob Rogers.

Pemenang-pemenang sebelum ini antaranya kartunis Iran Mana Neyestani (2010), kartunis Mexico Mario Robles (2009), dan kartunis Palestin Baha Boukhari (2008).

CRNI mewakili lebih 600 kartunis di seluruh dunia dengan 21 kerjasama dengan negara membangun di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s