K’jaan tak longgar syarat guna cermin gelap

Kerajaan tidak bercadang melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian walaupun atas faktor-faktor tertentu. Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata langkah ini…Kerajaan tidak bercadang melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian walaupun atas faktor-faktor tertentu.
    
Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata langkah ini diambil ekoran kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
    
“Setakat ini kerajaan masih belum bercadang untuk melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian.
    
“Walaupun terdapat cadangan untuk melonggarkan syarat tersebut atas faktor peningkatan suhu dan kes jenayah, namun kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Nor Hayati Onn.
    
Nor Hayati ingin tahu sama ada syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian bakal dilonggarkan atau tidak atas sebab suhu serta kes jenayah yang meningkat.
    
Selain itu, Jelaing berkata kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) juga mendapati penggunaan cermin gelap boleh menghalang penglihatan pemandu dan boleh menjadi punca kemalangan jalan raya.
    
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan untuk memasang cermin gelap atas alasan kesihatan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau jika terbukti adanya ancaman keselamatan.
    
– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s