KP kastam dakwa media punca imej jabatan tercalar

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf hari ini menempelak media yang dianggapnya sebagai punca imej jabatan itu terjejas.Merujuk kepada laporan beberapa kes berprofil tinggi, beliau…Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf hari ini menempelak media yang dianggapnya sebagai punca imej jabatan itu terjejas.

Merujuk kepada laporan beberapa kes berprofil tinggi, beliau berkata media suka “mencari kontroversi” dengan paparan berita yang negatif menyebabkan beliau kini mengamalkan sikap berdiam diri.
    
NONE“Saya kini ‘media shy’,” katanya pada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Jabatan Kastam Sarawak, di Kuching.
    
Katanya beliau juga sedang melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan integriti jabatan itu dan mahu warga kastam melakukan transformasi segera bagi memperbaiki sebarang kelemahan.
    
Di majlis itu, seramai 92 warga kastam Sarawak menerima anugerah masing-masing.
    
Sementara itu pengerusi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Alice Wee yang membuat liputan majlis tersebut meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan Mohamed Khaled menggunakan majlis rasmi untuk mengkritik media.
    
“Kami kecewa kerana media membuat laporan berasaskan fakta, dan adalah tidak adil menyalahkan media apabila imej mereka tercalar,” katanya.

Beberapa wakil media termasuk dari RTM yang berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Mohamed Khalid  bertindak meninggalkan majlis ketika beliau masih berucap.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s