Mesin judi: DUN Melaka gantung ADUN DAP

Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini menggantung Goh Leong San (DAP-Kesidang) daripada menghadiri persidangan selama tiga hari kerana didakwa gagal mematuhi peraturan dewan ketika berbahas mengenai…Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini menggantung Goh Leong San (DAP-Kesidang) daripada menghadiri persidangan selama tiga hari kerana didakwa gagal mematuhi peraturan dewan ketika berbahas mengenai isu mesin judi haram di negeri ini.
    
Speaker Datuk Wira Othman Muhamad yang menerima usul Ketua Menteri Datuk Mohd Ali Rustam berkata, ia dibuat mengikut peraturan dan tatatertib dewan Perkara 31 (1) dan (2) dan Perkara 34 (3).

Peraturan itu menyebut seseorang ahli dewan yang berdegil dan beberapa kali diminta duduk tetapi tidak memberhentikan ucapan dan gagal mematuhi arahan Speaker, boleh digantung daripada menghadiri persidangan dewan.

Isu bermula apabia pengerusi jawatankuasa perumahan, kerajaan tempatan dan alam sekitar, Datuk Mohamed Yunos Husin, ketika menjawab soalan tambahan Goh, berkata isu mesin judi itu tidak boleh disekat kerana bagi masyarakat Cina, judi adalah budaya mereka.
    
Goh, yang juga pengerusi DAP Melaka, tidak berpuas hati dengan jawapan Mohamed Yunos dan memintanya menarik balik ayat “perjudian adalah budaya bagi kaum Cina” yang tidak dilayan oleh anggota exco itu.
    
Dua penyokong kerajaan, Datuk Hassan Abdul Rahman (BN-Sungai Rambai)  dan Datuk Yaakub Md Amin (BN-Sungai Udang), meminta speaker tidak melayan kerenah Goh, sebaliknnya mahu wakil DAP itu digantung kerana melanggari peraturan mesyuarat.

Goh, dalam soalan asalnya, bertanya pendirian kerajaan negeri Melaka dan polis terhadap mesin haram, yang dijawab oleh Mohamed Yunos bahawa kerajaan negeri tidak mengeluarkan lesen mesin judi sebaliknya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Kewangan.
    
Selepas berlaku perbalahan antara Goh dan kedua-dua penyokong kerajaan itu, dewan ditangguhkan 10 minit dan selepas bersidang semula, Mohd Ali bangun mencadangkan Goh digantung selama tiga hari mengikut peraturan mesyuarat 34 (3).
    
Cadangan Ketua Menteri itu mendapat sokongan majoriti anggota dewan.BN mempunyai 23 wakil dan DAP lima.

Mohd Ali memberitahu pemberita di luar dewan bahawa beliau kecewa dengan tindak tanduk Goh yang enggan duduk walaupun setelah diarah oleh Speaker.

“Isu budaya kaum itu adalah satu terminologi perkataan kerana kita tahu secara umum bahawa mesyarakat Cina gemar berjudi dan menjadi budaya mereka, bahkan orang Melyu juga ada yang berjudi tetapi mereka boleh didakwa mengikut kesalahan undang-undang syariah,” katanya.
    
Goh ketika ditemui pemberita berkata beliau berasa sedih kerana bahasa yang digunakan oleh Mohamed Yunos telah menghina kaum Cina.
    
Persidangan dewan ditangguhkan awal hari ini dan akan disambung esok.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s