M’sia-Turkmenistan bakal tandatangan 5 dokumen

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyaksikan majlis menandatangani lima dokumen yang bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkmenistan ketika lawatan rasmi…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyaksikan majlis menandatangani lima dokumen yang bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkmenistan ketika lawatan rasmi beliau ke Ashgabat.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata dokumen pertama ialah memorandum kerjasama antara Dewan Perniagaan Turkmenistan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia.

Yang kedua ialah Perjanjian Jualan Gas antara Petronas dan agensi pengurusan sumber hidrokarbon di bawah Presiden Turkmenistan dan Turkmen Gas, katanya pada sidang media di Ashgabat.

Anifah berkata dokumen ketiga ialah antara kerajaan Malaysia dan Turkmenistan mengenai kerjasama hubungan luar, manakala yang kelima ialah kenyataan bersama yang akan dikeluarkan sempena lawatan rasmi Najib ke Turkmenistan.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Najib ke negara ini sejak menjadi Perdana Menteri dan ia bagi memenuhi jemputan Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov.

Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual tiba di Ashgabat petang ini, dan sepanjang lawatan selama dua hari itu beliau akan diiringi Anifah serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

“Semasa lawatan ini, beliau akan mengadakan perbincangan dua hala dengan presiden mengenai pelbagai isu membabitkan kepentingan bersama Malaysia dan Turkmenistan,” kata Anifah.

Pada Selasa, Najib dan Berdimuhamedov dijadual bersama-sama merasmikan Terminal Gas Petronas di Kiyanli, Turkmenbasy, kira-kira 600km dari Ashgabat.

“Objektif lawatan ini juga bagi mengukuhkan komitmen meningkatkan hubungan dua hala kita dan Turkmenistan, serta meluaskan bidang kerjasama untuk faedah bersama,” kata Anifah.

Beliau berkata hubungan mesra Malaysia dan Turkmenistan semakin kukuh sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1992.

Berdasarkan hubungan rapat itu, Anifah berkata Malaysia telah bersetuju untuk menubuhkan kedutaannya di sini dalam masa terdekat.

“Kita melihat Turkmenistan sebagai rakan strategik di Asia Tengah dan kita mahu meningkatkan kerjasama terutamanya dalam bidang minyak dan gas, yang mana kehadiran kita di sini sudahpun diiktiraf,” katanya.

Mengenai perdagangan, beliau berkata terdapat banyak peluang di Turkmenistan walaupun pada masa ini jumlah dagangan antara Malaysia dan negara itu masih kecil.

Katanya Turkmenistan adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di wilayah Asia Tengah dengan nilai dagangan tahun lepas mencecah US$29.75 juta, berbanding US$205.61 juta pada 2009.

“Selain sektor minyak dan gas, ada peluang lain seperti barangan elektrik dan elektronik yang amat mereka perlukan, dan mereka juga membangkitkan kemungkinan memberi peluang kepada rakyat Malaysia membangunkan taman perindustrian.

“Ini merupakan tujuan memorandum persefahaman antara kedua-dua dewan perniagaan itu. Selain itu, Petronas juga akan bekerjasama dengan Turkmen Gas untuk meneroka peluang di negara dunia ketiga yang lain,” katanya.

Malaysia juga katanya, boleh mempromosikan bidang seperti pendidikan dan pelancongan kepada rakyat Turkmenistan yang menyatakan minat mendalam untuk menghantar pelajar mereka ke Malaysia.

–Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s