Najib berlepas ke Turkmenistan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berlepas ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari ke negara itu.Beliau yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berlepas ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari ke negara itu.

Beliau yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 8.30 pagi ini.

Antara yang hadir mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalannya Datuk Abu Seman Yusop, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Ini lawatan pertama Najib ke negara itu sejak memegang jawatan perdana menteri dan ia bagi memenuhi jemputan Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov.

Semasa lawatan itu, Najib dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan Berdimuhamedov di ibu kota Ashgabat, selain merasmikan Terminal Gas Petronas di Kiyanli, Turkmenbasy, kira-kira 600km dari Ashgabat.

–Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s