PAS mahu IGP, timbalan dihadap ke tribunal jenayah

PAS mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal jenayah kerana didakwa bertindak melampau ketika menangani…

PAS mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal jenayah kerana didakwa bertindak melampau ketika menangani perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa “kebiadaban” polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) jelas dilihat dalam video orang ramai dan media antarabangsa.

Dalam masa yang sama, tambahnya, dalam perhimpunan itu, polis tiada sebab untuk menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air kerana tiada keganasan daripada perserta.

“Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang ketua dan timbalan ketua polis yang kononnya polis diserang and diprovokasi menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, PAS juga mengecam kematian seorang peserta perhimpunan itu Baharuddin Ahmad dan kecederaan puluhan peserta yang didakwa berpunca daripada tindakan polis.

“Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s