Perhimpunan 9 Julai: JPA siasat penjawat awam

Tindakan disiplin akan diambil terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu lepas sama ada secara langsung atau tidak, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA)…

Tindakan disiplin akan diambil terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu lepas sama ada secara langsung atau tidak, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

NONEBeliau berkata tindakan terhadap penjawat awam itu juga bergantung sama ada mereka terlibat dalam demonstrasi itu secara aktif atau sekadar tidak langsung menerusi pengedaran baju atau peralatan berkaitan perhimpunan.

Sehingga kini, JPA masih belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) atau Pemuda Umno, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Eksekutif Institut Latihan Awam Negara (Intan) bertema “Agenda Transformasi Kerajaan: Peranan dan Hala Tuju Institusi Latihan Awam” di Kuala Lumpur hari ini, yang disertai 250 peserta dari 364 institusi latihan awam di seluruh negara.

bersih2 rally 090711 03JPA pada 30 Jun lepas telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penglibatan pegawai awam dalam perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling tiga halaman itu mengingatkan penjawat awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.

Kementerian Pelajaran turut mengeluarkan pekeliling pada tarikh yang sama yang memberi peringatan kepada pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram.

Ditanya mengenai Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (Prospek), beliau berkata ia masih di peringkat perbincangan bagi mencapai persetujuan antara JPA dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Bulan lepas, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menuntut agar di bawah Prospek yang akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), penjawat awam akan terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan.

Cuepacs turut menuntut agar pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan kerana ketika sistem PTK dilaksanakan, ia mempunyai aras melintang dan menegak bagaimanapun ia tidak disediakan dalam Prospek.

Mengenai cadangan agar bekas anggota tentera diserapkan dalam agensi perkhidmatan awam pula, Abu Bakar berkata pengambilan mereka adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan guru.

Sekiranya bekas anggota tentera itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan maka SPA dan SPP akan mempertimbangkan dan membuat keputusan untuk mengambil mereka berkhidmat dalam sektor awam, katanya.

Pada Jun lepas, Panglima Angkatan Tentara Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM akan berbincang dengan JPA mengenai kemungkinan menyerapkan anggotanya yang telah bersara ke dalam lebih banyak agensi perkhidmatan awam.

Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s