Siswa didakwa persenda ‘Negaraku’ disiasat

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan terperinci mengenai laporan bahawa seorang mahasiswa universiti tempatan telah mempersendakan lagu kebangasaan, Negaraku, melalui…

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan terperinci mengenai laporan bahawa seorang mahasiswa universiti tempatan telah mempersendakan lagu kebangasaan, Negaraku, melalui YouTube.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata siasatan itu adalah bagi menentukan sama ada berlaku kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita sedang susul perkara ini sebab banyak gara-gara sekarang orang tidak cukup mendengar lagu pop…mereka nak mempopkan lagu Negaraku,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat anak Bakir di Penom, Ulu Paku dekat sini hari ini.

Rais berkata antara yang akan disiasat ialah siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dan bagaimana senikata lagu kebangsaan itu diubah.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s