2 lagi pemimpin PAS ditahan polis

Walaupun perhimpunan BERSIH 2.0 sudah berahir tiga hari lalu, pihak polis terus terus menahan pemimpin parti politik yang memakai baju kuning memaparkan logo gabungan NGO itu.Dalam kejadian di Johor…Walaupun perhimpunan BERSIH 2.0 sudah berahir tiga hari lalu, pihak polis terus terus menahan pemimpin parti politik yang memakai baju kuning memaparkan logo gabungan NGO itu.

Dalam kejadian di Johor Bahru hari ini, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis ketika belum pun tamat sidang media mereka di depan balai polis Sentral JB.

damansara memo to kpm 210206 mazlan alimanMenurut timbalan pesuruhjaya PAS negeri Mazlan Aliman (kanan), dua pemimpin yang ditahan adalah Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Johor Bahru Rosli Kemin.

Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah restoran berdekatan balai polis itu ketika PAS negeri mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH.

“Empat anggota polis datang menarik mereka. Tidaklah kasar, tetapi mereka sepatutnya menggunakan budi bicara.

“Lagi pun perhimpunan BERSIH sudah berakhir. Minta sajalah suruh buka baju itu, bukan tangkap,” katanya.

Baju BERSIH masih dilarang

Ketika tangkapan dibuat, beliau dan pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed sedang bercakap kepada pemberita; manakala Zaaba dan Rosli hanya berdiri di belakang mereka.

Tangkapan kedua-dua pemimpin akar umbi parti Islam itu dipercayai yang kedua dan ketiga selepas Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan di Kota Kinabalu kelmarin.

penang bersih 3.0 rally participant with yellow shirtKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan memberitahu, pegawai polis berpakaian biasa itu memaklumkan, Zaaba dan Rosli ditahan memakai baju BERSIH masih dilarang.

“Mereka kata, tidak ada penarikan balik (terhadap) larangan itu dibuat dan memakai baju BERSIh masi salah,” kata Mazlan.

Beliau juga mengambil kesempatan menyelar tangkapan ketika sidang media masih berlangsung yang didakwanya “biadap” dan tidak menghormati majlis.

“Perkara ini tidak beretika,” katanya lagi.

Kedua-dua mereka dibebaskan kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan polis berhubung penahan itu. Bagaimanapun, mereka dipercayai disiasat bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana memaparkan logo pertubuhan haram.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s