Ahmad Sarbaini tertekan ketika di pejabat SPRM

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan memberitahu Mahkamah Koroner di Kuala Lumpur hari ini bahawa Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berada dalam keadaan…

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan memberitahu Mahkamah Koroner di Kuala Lumpur hari ini bahawa Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berada dalam keadaan yang amat tertekan ketika berada di pejabat suruhanjaya itu pada 6 April lalu.

Penolong Penguasa Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad, 51, saksi ke-17 dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor itu berkata, keadaan itu berlaku selepas Allahyarham menghubungi wakil dari Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd iaitu Wan Zainalabidin Wan Zaki menggunakan telefon bimbitnya.

NONE“Selepas panggilan dibuat, Allahyarham meletakkan telefon dan terus meletakkan kepalanya di atas meja sambil tangannya menggosok kepalanya dalam masa kira-kira dua minit,” kata Sheikh Niza yang pada masa itu sedang duduk di hadapan Allahyarham.

“Saya tengok dia amat tertekan dan tegang. Dia dilihat mendiamkan diri dan tidak cakap apa-apa pada saya,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Sheikh Niza berkata, sebelum itu Pegawai Penyiasat SPRM Abdul Ghani Ali bertanyakan kepada Ahmad Sarbaini sama ada beliau mempunyai alamat Schenker dan nombor telefon Wan Zainalabidin dan meminta Allahyarham menghubunginya.

Katanya, Allahyarham seolah-olah berada dalam keadaan terpaksa ketika diminta menghubungi Wan Zainalabidin dan beliau tidak berapa jelas dengan perbualan antara Allahyarham dengan Wan Zainalabidin tetapi ada mendengar Allahyarham berkata: “Datang ya”.

Sheikh Niza berkata, pada 6 April, Ahmad Sarbaini datang ke pejabat itu tanpa diminta dengan tujuan untuk menukar kenyataan yang diambil pada 4 April lalu dan apabila ditanya mengapa beliau ingin berbuat demikian, Allahyarham hanya memaklumkan dia tertekan.    

“Ketika Allahyarham berada dalam bilik saya di aras tiga bangunan itu, saya nampak dia memegang telefon dan kerap tengok telefon itu seolah-olah ada sesuatu. Bila saya ambil telefon itu tertera perkataan Schenker pada skrin telefon bimbit.

“Saya teringatkan Zainal apabila melihat perkataan Schenker dan ini membuktikan mereka ada hubungan. Jadi saya memberitahu Allahyarham saya akan menyita telefon bimbit itu,” katanya.

Ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagaimana Allahyarham boleh membuat pengakuan salahnya ketika rakaman percakapan diambil pada 4 April lepas, Sheikh Niza berkata:”Saya menyuruh Allahyarham menceritakan pengalamannya dalam Kastam”.

Sheikh Niza berkata, ketika itu saya bertanyakan kepada Ahmad Sarbaini: “Sebagai pegawai Kastam yang selalu berurusan dengan ejen, tak kan tak dapat apa-apa walaupun sedikit”.

Beliau berkata, ketika itu Ahmad Sarbaini mengakui beliau ada menerima wang ehsan daripada Ah Seng dari Syarikat TopMark Shipping antara RM30 hingga RM200 sebulan dan daripada Wan Zainalabidin dari Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd antara RM50 hingga RM100 sebulan.

“Allahyarham memaklumkan kepada saya bayaran itu dibuat di kedai kopi, di luar pejabat Kastam dan saya agak terkejut dan tidak sangka Allahyarham akan membuat pengakuan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya Mohamad Abazafree apakah perasaannya selepas mendapat tahu mengenai kematian Ahmad Sarbaini, Sheikh Niza berkata:”Saya menangis dan sedih sebab saya kenal dengan Allahyarham.”

Sheikh Niza berkata, Allahyarham sangat rapat dengannya dan memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dilakukan.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Prosiding di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani.

 – Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s