Dr Jeyakumar PSM dirawat di IJN

Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar telah dibawa ke Pusat Jantung Negara (IJN) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, selepas mengadu mengalami masalah degupan jantung.Dalam satu kenyataan…Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar telah dibawa ke Pusat Jantung Negara (IJN) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, selepas mengadu mengalami masalah degupan jantung.

penang psm dinner 181210 jeyakumar devarajDalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia
(PSM), S Arutchelvan berkata Jeyakumar (kanan) telah dibawa ke IJN pada hari Sabtu dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari.

Ini adalah kali kedua aktivis veteran politik dan sosial itu dibawa untuk mendapat rawatan perubatan sejak ditahan di Pulau Pinang pada 26 Jun, bersama dengan 29 ahli dan penyokong PSM sewaktu siri jelajah kempen ‘Udah La Tu … Bersaralah’ anjuran parti itu.

“Kami mengesyaki keadaan beliau adalah disebabkan tempoh soalsiasat yang panjang oleh Cawangan Khas,” kata Arutchelvan.

“Tahanan lain turut memberitahu pengalaman yang serupa kerana pihak polis cuba memaksa mereka mengaku perkara yang mereka tidak lakukan,” dakwanya.

Isteri Jeyakumar, R Mohana Rani memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan melawat suaminya esok.

“Mereka telah melakukan ujian dan beliau berada di bawah pemerhatian tetapi beliau stabil sekarang,” katanya sambil menambah suaminya mengalami masalah degupan jantung (palpitations) semasa dalam tahanan, mungkin akibat tekanan.

Menurutnya, Jeyakumar telah menjalani angioplasti 10 tahun lalu tetapi sejak itu tidak pernah mempunyai sebarang masalah.

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s