DUN Melaka: 4 lagi wakil DAP digantung

Empat wakil DAP digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selama dua hari kerana gagal mematuhi peraturan dewan dan menimbulkan kekecohan semasa persidangan hari…Empat wakil DAP digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selama dua hari kerana gagal mematuhi peraturan dewan dan menimbulkan kekecohan semasa persidangan hari ini.

Empat wakil rakyat itu ialah Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Lim Jak Wong (Bachang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir).

“Dewan menggantung kesemua kamu sekali (wakil DAP) dari sekarang sehingga habis persidangan esok dan kamu juga akan dikenakan tindakan selanjutnya menerusi jawatankuasa hak asasi dewan yang bermesyuarat petang ini,” kata Speaker Datuk Othman Muhamad setelah menerima usul daripada Ketua Whip BN Datuk Yaakub Md Amin.

Semalam, Anggota DUN Kesidang, Goh Leong San digantung tiga hari kerana gagal mematuhi peraturan dewan. Ini bermakna kesemua lima wakil pembangkang dilarang menghadiri persidangan dewan yang dijadualkan berakhir esok.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s