Ekonomis: BERSIH tak ubah persepsi dunia

Perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu tidak menjejaskan persepsi terhadap ekonomi dan politik negara ini kerana Malaysia negara yang stabil, kata Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP…Perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu tidak menjejaskan persepsi terhadap ekonomi dan politik negara ini kerana Malaysia negara yang stabil, kata Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors.

bersih rally petaling street 090711“Ia merupakan sebahagian daripada langkah demokrasi yang lebih luas yang kebanyakan negara lalui dalam pembangunan mereka.

“Ia tidak mungkin mengubah persepsi antarabangsa terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil,” kata Dr Shane Oliver kepada Bernama di Singapura.

AMP Capital Investors merupakan pakar pengurus pelaburan dengan lebih A$99 bilion dalam dana yang diurus.

Ia adalah anak syarikat milik penuh AMP, satu daripada penyedia pencen korporat dan runcit terbesar Australia, dengan lebih 160 tahun pengalaman.

NONEDengan pejabat di Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Luxembourg, New Zealand, Singapura, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, ia juga merupakan pengurus hartanah global utama dan satu daripada pengurus infrastruktur tertua.

Shane menyifatkan Malaysia sebagai negara yang menunjukkan prestasi yang baik berbanding dengan negara-negara Asia lain dan tidak diragukan lagi akan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi sebagaimana yang dirancang, lapor Bernama.

us los angeles bersih gathering 100711 02“Malaysia pada kedudukan yang baik untuk mencapai aspirasiya untuk menjadi ekonomi pendapatan tinggi,” beliau dipetik sebagai berkata.

Seorang lagi pakar ekonomi yang turut bersetuju dengan pendapat Oliver, berkata beliau optimistik perhimpunan berkenaan tidak akan mengganggu pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia dalam menarik pelabur asing.

“Sejak bertahun, kita telah melihat Malaysia merupakan negara yang stabil, dari segi politik atau ekonomi.

“Di bawah pentadbiran perdana menteri sekarang ini, Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik,” katanya.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s