Guru sandaran menang kes diskriminasi

Mahkamah memutuskan tindakan kerajaan menolak permohonan seorang wanita menjadi guru hanya kerana beliau sedang mengandung adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal..Sehubungan itu hakim…

Mahkamah memutuskan tindakan kerajaan menolak permohonan seorang wanita menjadi guru hanya kerana beliau sedang mengandung adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal..

Sehubungan itu hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Zaleha Yusuf memerintahkan Kementerian Pendidikan dan kerajaan adalah tertakluk kepada Perisytiharaan Konvesyen Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung segala bentuk diskriminasi terhadap wanita (Cedaw)- yang ditandatangani Malaysia pada tahun 1995.

NONE“Hakim berkata Cedaw adalah undang-undang yang berkuatkuasa dan Malaysia terikat dengannya,’ kata peguam Honey Tan.

Norfadilla Ahmad Saikin (kiri), 29 mengheret kerajaan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah bahawa kehamilan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak menerimanya sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan membatalkan memo penempatannya semula sebagai tidak sah dan tidak mematuhi perlembagaan.  

Wanita itu diberi memo untuk kontrak pengajaran setiap bulan bermula Januari 2009, tetapi ini dibatalkan hampir serta-merta apabila pegawai pendidikan daerah Hulu Langat mendapati beliau mengandung.

Dalam permohonannya itu, pegawai-pegawai kementerian pendidikan daerah Hulu Langat iaitu Basirun and Ismail Musa, ketua jabatan Zahri Aziz, ketua pengarah Kementerian Pelajaran, kementerian pendidikan dan kerajaan dinamakan sebagai responden.

Hakim turut memerintahkan bahawa semua defendan perlu membayar kepada plaintif kos, ganti rugi am dan faedah pada kadar lapan peratus setahun sehingga arikh penyelesaian penuh serta taksiran ganti rugi am dibuat oleh semua defendan kepada plaintif.

edmund bon and honey tan in pregnant teacher casePeguam Edmund Bon yang mewakili Noorfadilla ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata Hakim berpuas hati bahawa anak guamnya berhak untuk merujuk kepada perkara Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita 1979/81.

Konvensyen itu mempunyai kuasa undang-undang di Malaysia dalam mentafsirkan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak boleh berlaku diskriminasi berdasarkan jantina di khalayak umum.

Bon berkata Hakim juga memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen itu dan justeru mahkamah berhak untuk merujuk kepada konvensyen tersebut dalam membuat keputusan.

Dalam afidavit sokongannya, Noorfadilla berkata beliau menghadiri temuduga pada 2 Jan 2009 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan diminta mengisi borang deklarasi yang hanya mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat peribadi serta latar belakang pendidikannya dan tidak terdapat sebarang soalan mengenai status keadaan atau kesihatan. 

Menurut Noorfadilla beberapa hari selepas itu beliau menerima tawaran untuk jawatan GSTT melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat.

Plaintif berkata pada sesi taklimat, seorang pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat menyuruh semua calon wanita yang hamil untuk membuat pengakuan dengan segera dan selepas beliau dan dua lagi wanita mengakui bahawa mereka sedang mengandung, pegawai tersebut mengambil semula memo penempatan daripada mereka tanpa sebarang soalan lain. 

Noorfadilla berkata pegawai terbabit memberitahu mereka bahawa wanita hamil tidak boleh dilantik sebagai GSTT kerana tugas GSTT akan melibatkan aktiviti ko-kurikulum yang tidak sesuai untuk wanita hamil, serta alasan-alasan lain.

Tiada alasan diberikan bahawa Kementerian Pelajaran melarang wanita hamil untuk dilantik sebagai GSTT.

honey tan in pregnant teacher caseSehubungan itu, beliau berkata tindakan pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat membatalkan pelantikan beliau sebagai GSTT adalah satu perbuatan diskriminasi terhadap seorang wanita hamil dan bercanggah dengan Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Pekerjaan 1955. 

Selain Bon, plaintif turut diwakili peguam Honey Tan dan Chan Yen Hui manakala kesemua defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha dan Siti Kassim hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s