Kematian Baharudin: Keluarga tunggu laporan

Rosni Malan masih menunggu laporan bedah siasat ke atas jenazah suaminya, Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu. Laporan bedah siasat itu penting…Rosni Malan masih menunggu laporan bedah siasat ke atas jenazah suaminya, Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.

Laporan bedah siasat itu penting bagi membolehkan keluarganya mengetahui sebab sebenar kematian Allahyarham, kata Rosni ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di AU3, Keramat hari ini.

funeral baharudin bersih protesterSedangkan, polis telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan.

Surat kebenaran itu hanya menyatakan bahawa sebab kematian itu “masih menunggu hasil ujian makmal.”

Rosni juga tertanya-tanya sama ada kematian itu ada kaitan dengan tindakan polis ketika menyuraikan perhimpunan yang disertai Allahyarham Baharudin di hadapan KLCC, Jalan Ampang pada petang Sabtu lalu.

“Jadi saya masih tidak tahu (Baharudin) meninggal dunia sebab kena gas atau apa. Saya tak tahu sama ada dia kena kejar polis.

funeral baharudin“Benda-benda pasal ini banyak orang bercerita, tapi saya tidak ada di tempat kejadian,” katanya lagi.

Dilaporkan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada petang Sabtu lalu setelah terjatuh di bangunan Avenue K di Jalan Ampang.

Keganasan polis

Kematian Allahyarham menjadi perhatian apabila ia turut dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.

Menteri dalam negeri setakat ini enggan mengesahkan dakwaan berkenaan, termasuk dakwaan bahawa Baharuddin – yang didakwa meninggal dunia selepas ditangkap polis semasa perhimpunan itu – dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

nurul izzah, funeral baharudinRosni juga berkata, anak sulungnya, Dr Mirza juga telah berkunjung ke HKL semalam dan hari ini untuk memohon laporan bedah siasat berkenaan, namun masih gagal mendapatkannya.

Katanya lagi, sebab kematian akibat penyakit jantung seperti yang dinyatakan polis itu hanyalah berdasarkan laporan bedah siasat awal selepas mangsa dibawa ke HKL.

HKL hanya menjalankan bedah siasat ke atas jenazah suaminya antara jam 11 malam hingga 3 pagi selepas itu, kata Rosni lagi.

funeral baharudin crowd 2Sementara itu, anaknya Mirza berkata keputusan itu mungkin hanya akan siap dalam tempoh hingga lima minggu.

Perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang petugas di HKL ketika beliau hadir untuk mendapatkan laporan tersebut hari ini.

“Tapi ini kes berprofil tinggi, jadi saya sangat tertunggu-tunggu laporan itu,” katanya lagi ketika dihubungi petang ini.

 



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s