Kes CD Allah: Syed Hamid tak disoal balas

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan seorang wanita Melanau dari Sarawak Jill Ireland Lawrence Bill bagi menyoal balas bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung rampasan…

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan seorang wanita Melanau dari Sarawak Jill Ireland Lawrence Bill bagi menyoal balas bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung rampasan cakera padat (CD) tiga tahun lalu mengenai ajaran Kristian yang mengandungi kalimah “Allah”.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan di kamarnya dan membenarkan bantahan awal oleh Syed Hamid dan kerajaan dengan alasan permohonan itu difailkan lewat 15 bulan.

Beliau juga mengarahkan wanita itu membayar kos.

Pada Ogos tahun lalu, Jill Ireland memfailkan permohonan untuk memeriksa balas Syed Hamid mengenai afidavit bersumpah yang difailkan ketika beliau menjadi menteri luar bagi tujuan pendengaran permohonan semakan semula kehakiman.

Hakim Rohana berkata peluang menyoal balas saksi lazimnya diberikan dalam kes tertentu.

“Namun, kes ini, ia tidak jatuh di bawah kategori berkenaan,’ katanya.

Beliau juga memutuskan afidavit Syed Hamid adalah mencukupi untuk digunakan semasa perbicaraan kerana ia menyatakan CD itu dirampas demi menjamin keselamatan nasional dan ketenteraman awam. Ia juga menyatakan bahawa terdapat arahan kabinet pada 1986 yang melarang perkataan itu digunakan oleh orang bukan Islam.

Mahkamah juga menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes tersebut.

Pada 11 Mei, 2008, kementerian berkenaan merampas CD itu daripada Ireland mengikut Seksyen 9 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

CD berkenaan, antara lain, mengandungi bahan bertajuk ” Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah”, “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah” dan “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah” yang dibawa dari Indonesia.

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s