Proklamasi Darurat masih relevan jaga keselamatan

Kerajaan belum memansuhkan Proklamasi Darurat kerana ia masih relevan dan perlu dikekalkan untuk diguna pakai dalam memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam dan membanteras jenayah.Timbalan…Kerajaan belum memansuhkan Proklamasi Darurat kerana ia masih relevan dan perlu dikekalkan untuk diguna pakai dalam memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam dan membanteras jenayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, Proklamasi Darurat boleh dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila keadaan keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam negara terancam seperti yang termaktub dalam Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan berpandangan Ordinan Darurat didapati perlu untuk memperteguh usaha ke arah mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam demi menghadapi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi negara dan perpaduan rakyat.

“Selain itu, negara-negara luar juga dilihat cenderung membuat undang-undang yang mirip dengan undang-undang yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat 1969 seperti Anti-Keganasan, Akta Jenayah dan Keselamatan 2001 di United Kingdom dan juga Akta Patriotik Amerika Syarikat 2001,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr S Ramakrishnan di Dewan Negara hari ini.

Dr Ramakrishnan ingin tahu mengapa kerajaan masih belum memansuhkan pengisytiharan darurat yang telah digunakan lebih 40 tahun.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s