Ambiga: BERSIH 2.0 tiada niat tumbangkan BN

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata tidak pernah terlintas ataupun niat gabungan itu bagi menumbangkan kerajaan BN.Sebaliknya, kata Ambiga, BERSIH hanya mahu bekerjasama dengan…

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata tidak pernah terlintas ataupun niat gabungan itu bagi menumbangkan kerajaan BN.

NONESebaliknya, kata Ambiga, BERSIH hanya mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

“Bagi saya, tidak pernah menjadi niat kami sehingga sekarang untuk menumbangkan kerajaan ini. Kami hanya mahu bekerjasama perbaiki sistem pilihan raya,’ katanya.

Beliau juga ditanya jika terdapat persama di antara perhimpunan Sabtu lalu dengan demonstrasi di negara-negara Asia Barat seperti Mesir, Tunisia dan Syria.

“Tiada persamaan, bagi saya. Situasi kita amat berbeza. Di sini, kami cuma menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Tetapi tindakan kerajaan yang keterlaluan menimbulkan momentum. Kita masih negara yang cintakan keamanan. Kami tetap mahu kerajaan berlaku adil,’ katanya.

NONEAmbiga juga menafikan gabungan itu adalah dalang di sebalik kempen di internet yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Hanya selepas 48 jam dilancarkan laman Facebook – 100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur, lebih 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka).

“Kami tidak kena mengena dengannya. Tidak pernah menjadi niat BERSIH bagi meminta perdana menteri berundur. Seperti saya kata, saya mahu kerjasama dengan perdana menteri dan kerajaannya untuk sistem pilihan raya yang lebih baik,’ kata Ambiga.

NONEBeliau juga mengulangi keberkecualian dan kebebasan gabungan BERSIH 2.0 yang dituduh menjadi alat pembangkang khususnya Pakatan Rakyat.

“Bagaimana boleh awak kata perjuangan untuk pilihan raya bersih dan adil hanya untuk pembangkang? Ia adalah untuk semua. Pakatan… memang sokong BERSIH. Apa salah dengan itu? Ahli Pakatan adalah juga rakyat negara ini. Tidakkah mereka berhak menyokong pergerakan yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas?’

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s