Lynas bina fasa kedua kilang proses radioaktif

Anak syarikat pembekal nadir bumi, Lynas Corporation, di Malaysia, akan membelanjakan sehingga US$210 juta bagi pembinaan fasa kedua kilang penapisan yang dirancang di Kuantan, Pahang. Menurut laporan…

Anak syarikat pembekal nadir bumi, Lynas Corporation, di Malaysia, akan membelanjakan sehingga US$210 juta bagi pembinaan fasa kedua kilang penapisan yang dirancang di Kuantan, Pahang.

NONEMenurut laporan Australian Associated Press (AAP), Lynas Malaysia menandatangani surat anugerah dengan syarikat kejuruteraan Thai, Toyo-Thai Corporation, bagi kerja fasa kedua di kilang bahan maju Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

Surat anugerah itu bagi harga tetap sepenuhnya antara US$180 juta hingga US$210 juta.

Tertakluk kepada kelulusan, pembinaan dijadualkan siap pada tiga bulan terakhir 2012.

Fasa pertama kilang itu dijangka siap menjelang akhir tahun, kata AAP.

Awal bulan ini, saham Lynas turun berikutan laporan media bahawa kilang itu ditangguhkan selama satu hingga dua tahun.

Lynas menafikan laporan itu.

– Bernama



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s