Belum ada syarikat ‘penyelamat’ hospital

Usaha mencari kontraktor baru bagi ‘menyelamatkan’ pembinaan Hospital Shah Alam terus buntu dengan kali ini Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak bersependapat dengan kontraktor…

Usaha mencari kontraktor baru bagi ‘menyelamatkan’ pembinaan Hospital Shah Alam terus buntu dengan kali ini Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak bersependapat dengan kontraktor pilihan masing-masing.

Bulan lalu, kementerian berkenaan menolak cadangan JKR bagi melantik sebuah syarikat tempatan Gadang Engineering (M) Sdn Bhd bagi menerusi projek yang terbelangkai itu.

shah alam hospital under construction 2Gadang adalah kontraktor utama kerajaan dan telah membida projek awam bernilai RM2 bilion pada tahun lalu sahaja.

‘Permohonan JKR bagi melantik Gadang … tidak diluluskan. Pendirian Kementerian Kewangan sebelum ini kekal,’ kata kementerian itu dalam sepucuk surat bertarikh 17 Jun yang sesalinannya diperolehi oleh Malaysiakini.

Surat itu ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kementerian berhubung permohonan JKR bertarikh 2 Jun itu.

Sebelum ini, kementerian juga menolak permohonan syarikat lain pilihan JKR selepas mengadakan tender semula.

Pada surat bertarikh 17 Jun, kementerian meminta proses tender tertutup diulang semula dan dimasukkan nama dua lagi syarikat yang dibenarkan untuk membida.

NONEDua syarikat itu adalah – GMH Healthcare Sdn Bhd dan Frontier Structure Sdn Bhd – mereka adalah subkontractor asal projek ini sebelum masalah pembayaran menyebabkan pembinaan hospital itu tersekat.

Kontraktor utama bagi projek terbelangkai ini adalah Sunshine Fleet Sdn Bhd. Namun syarikat itu gagal menyelesaikan kerja-kerja binaan setelah menghadapi masalah membayar subkontraktornya. Ini menyebabkan kontrak Sunshine Fleet ditamatkan.

[Baca berita penuh]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s